Besar Sangatkah Pahala Menghalalkan Hutang. Inilah Yang Ramai Tak Sanggup Nak Buat
Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim. Perkara biasa jika ada kawan-kawan yang berhutang. Perkara biasa juga jika ada kawan-kawan yang tak bayar hutang. Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim. Ramai yang malas ambil pusing lalu halalkan sahaja. Sikap yang bagus tapi agak kurang beruntung. Saya nasihatkan jangan dihalalkan orang berhutang itu. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya. Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya katanya; “Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhut...