Perempuan Suka Payung Gambar Punggung Di Media Sosial. Ini Komen PU Azman Yang Bikin Sentap.

Perempuan Suka Payung Gambar Punggung Di Media Sosial. Ini Komen PU Azman Yang Bikin Sentap.


Selepas beliau kecam tentang keke challenge kali ini beliau kembali untuk menegur sesuatu terutama kepada kaum wanita yang segelintir semakin hari semakin kurang sifat malu. Memang pedas teguran tapi ini kebaikan diri sendiri dan untuk mengelakkan dari menjadi lebih teruk. Mohon share jika rasa ini bermanafaat.
“Jangan ‘Payung’ Punggung di Media Sosial” – PU Azman Ingatkan Wanita

Cabaran #inmyfeelingschallenge atau #kekechallange yang sedang viral di media sosial dan menjadi kegilaan serta ikutan anak-anak muda nampaknya terus mendapat perhatian beberapa Pencetus Ummah (PU).
Kalau sebelum ini PU Amin lantang mengkritik tindak-tanduk netizen terutama wanita, kali ini, PU Azman pula tampil memberi nasihat kepada pengguna media sosial kini.
Melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya, PU Azman menasihatkan golongan wanita agar menghentikan tindakan menayang punggung di laman sosial.
Jelasnya, Islam tidak melarang umatnya mengikut trend, namun ia tidak sepatutnya menimbulkan fitnah.
“Jangan muat naik sebarang video di sosial media, simpan untuk peribadi, simpan untuk suami. Jangan payung tubuh badan, jangan payung punggung, simpan untuk suami walaupun kau pakai baju kurung atau jubah tetapi pergerakan itu boleh menimbulkan fitnah dan ia merupakan aurat,” katanya di Instagram.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan golongan lelaki agar tidak memuat naik gambar atau video berpakaian wanita.
“Ini lembut nasihat saya bukan keras, kami sayangkan kau,” ujarnya.
Sebab sayanglah maka diberi nasihat. Beruntunglah orang yang dinasihati. Nasihatilah juga diri saya ini.

Comments

Popular Posts