CEO syarikat GLC dicekup siasatan tender RM300j


KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan tender bernilai kira-kira RM300 juta.
Suspek berusia 59 tahun itu ditahan di syarikat berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari, tadi.
Ia bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya yang bernilai kira-kira RM300 juta
Sumber berkata, suspek dipercayai menyalahguna kuasanya bagi memanipulasi beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.
"Projek itu dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, kontraktor terbabit gagal melaksanakannya.
"Namun siasatan awal mendapati situasi itu berkemungkinan dirancang awal apabila kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan suspek itu kemudiannya terlibat dalam projek itu," katanya.
"Ia kemudian diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan Datuk terbabit dan perkara tersebut dipercayai memang telah dirancang dari awal," katanya.
Difahamkan, SPRM turut melakukan serbuan ke tiga lokasi di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu. ( Ilah Hafiz Aziz).

Comments

Popular Posts