Kerajaan Disaran Tubuh Majlis Penasihat Agama Kebangsaan


KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menubuhkan Majlis Penasihat Agama Kebangsaan sebagai penambahbaikan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan isu berkaitan agama.
Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, berkata cadangan itu ialah antara saranan dikemukakannya pada pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), hari ini.
Beliau berkata, penubuhan majlis itu perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada proses reformasi yang ingin dilakukan kerajaan.
"Pertemuan dengan MPK amat memberangsangkan dan saya ada memberi beberapa cadangan kepada mereka sebagai sebahagian agenda reformasi.
"Antara cadangan dan pendapat yang saya kemukakan ialah kerajaan perlu menubuhkan Majlis Penasihat Agama Kebangsaan," katanya ketika ditemui di pekarangan Menara Ilham, di sini.
Mohd Faizal berkata, pewujudan majlis berkenaan secara tidak langsung mampu memperbaiki kedudukan JAKIM.(Oleh Manirajan Ramasamy dan Mohd Iskandar Ibrahim).




Comments

Popular Posts